Monday, June 06, 2011

***Nora ElinA***

AssaLamualaiKum semUA. 
Dh lama aq x berblogging nie.. Sjk bz ngan Final exam baru-baru nie. Al-Maklumlah, I'm the last year student da. Huhuhu. Bila di fikirkan balik, sedih jgak coz dh hbs blaja. Terlalu banyak suka-duka sepanjang 3 tahun aq blaja kt UMT tu. Kawan2, my lecturers, dan x lupa juga my special mentor iaitu Miss Amalina. Hehee.. Miss u all. See u at convocation's day nanti ye.. :)

Ok, dh hbs cite sal aq dh tamat jd student kt UMT..  Sikit-sikit sudah lerr.. Hohoho. Skg nk cite sal slot akasia yg ngah top kt TV3 sejak dua menjak nie. Korang yg suka bc novel ala-ala aq nie msti xkn lepas punye nk tgk cite tu everyday. Hehehe. Tajuknya "NORA ELINA". Kisah yg di adaptasikan drp sebuah novel "KASIH YG SUCI" oleh Meera Zulaikha. Yg belum tengok tu, trylah tgk. Mmg best. Tapi, bagi yg muslim tu jangan lupa solat maghrib ye. Hihihi. :D

Nah, nie dia buku KASIH YG SUCI. Beli jgn x beli. ^_^

Yg ni pulak cite Nora Elina. Tengok tau. :)



Harap-harap lepas nie banyak ag drama yg dihasilkan daripada novel-novel cinta camni.. Memang akan meletuplah kt tv. Lagu yg best ngan jalan cite yg menarik. Selamat menonton semua. ~From ierasha173.blogspot.com




Thursday, March 31, 2011

~1 st time nk smbut be day si sia~

                    Dh dkt dh be day dia.. huhuhu.. Apa nk bg ek. No idea skg. Org laki nie suka pa ye for his present? ermmm. X sbr nk jmpe dia nie. Ngeh3..^^ Mcmlah dh lm sgt x jmpe. Bak kata org dulu2, bila dpn mata x dihargai, tp bl dh berjauhan bru nk dikenang2kn. Huhuhu.. 11/4/2011... Cukup 26 tahun umur Si dia tersyg. Tua dh ye.. Tua2 pun still aq syg ag tau. Jgn memandai2 kata aq x syg dia. Dush3!!!!.. kna PANG ngan aq nti.. huhuhu. (Ganas tol wpun xnah wat g 2 kt org).. :) .. OPSSS.. tertukar topik lak. Aq ngah pk nie ap nk kt dia. Something yg boleh dimkn or brg or kedua2nya skali????????? Aduyai.. Susah gak nk wat kptusan nie. Very2 Complicated.. :( .. 1 week ag. TUNGGU... Hehehe.. Skg nk pk ap hadiah nk bg kt dia nie.. Klu korg sudi kgsi idea, lg bgs.. ^^

**** 14/4/2011, Our 1st Annivessary Day, Luv u Dear.. ****

Wednesday, March 30, 2011

~Suke Tengok Benda Alah cm Gni ni, hehehhe~


__________________________
_00_____0___00000000 __________________________00_______000_______00 __________________________0_________0_________0 _________________________0_____000_0000_______00 _______0000000_______00000____0___0_____000000000 ______0_______0000000____0____0__0_______000_____0 _____0___________________0_____000________0_0____0 _____0___________________00_____00_______0__0____0 ____00_____________________00000__0000000000____0 ____00_________________________________0_______000 _____0__________________________________0000000___0 _____00____________________________________________0_____00____________________________________________00 _____0______________________________________________0 ____00______________________________________________0000 ____0_______________________________________________0 ____0_____________________________________00_________0 ____00___________________________________0000_______000 ____00__________00________________________00________0 _____0_________0000_________________________________0 _____0000_______00____________000_________________00000 ___0000______________________0___0_________________0_______0______________________000_________________0 _______000______________________________________00000 _____00_00____________________________________000____00 __________000_____________________________0000_________0 _________00_0000____________________000000_____________0 _______00_______00000000000000000000__0__0_____________0 ______________00_____0_____0__________0___0___________00 _____________0________0_____0________00____0_________00 ___________0__________0______00000000_______0______00 __________0___________0_____________________00___000_________0____________0_________________

Wednesday, March 23, 2011

Bonda Agong disemadi


Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah kpd bonda sultan n agong kesygn kita nie.. Semoga roh bonda baginda dicucuri rahmat dan ditptkan di kalangan org2 yg solehah.. Aminn.. 


PILU...Tuanku Mizan menyiram air mawar di pusara bondanya di makam diraja.
PILU...Tuanku Mizan menyiram air mawar di pusara bondanya di makam diraja.

Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.

Kemangkatan baginda yang berusia 78 tahun di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada jam 1.22 pagi semalam, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan semalam. Jenazah Almarhum dibawa pulang ke sini menggunakan pesawat khas C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan TUDM Subang, Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada jam 11.45 pagi selepas 25 minit ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta keluarga dengan pesawat berasingan.

Antara yang turut berada di Pangkalan TUDM ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Sebaik tiba di Kuala Terengganu, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan rakyat memberi penghormatan terakhir mulai jam 1 tengah hari hingga 2.30 petang.

Jenazah kemudian diletakkan dalam pedati khas dan ditarik dari Istana Maziah kira-kira jam 3.15 petang untuk perjalanan sejauh empat kilometer dengan penuh adat istiadat sebelum tiba di makam diraja kira-kira jam 4 petang diiringi 64 pegawai Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selepas disembahyangkan di Istana Maziah.

Turut mengiringi jenazah adalah Yang di-Pertuan Agong dan anakanda baginda, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, keluarga diraja serta ahli Exco kerajaan negeri dan ketua pelbagai jabatan kerajaan serta swasta.

Almarhum dimakamkan bersebelahan pusara suaminya, Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah di Makam Diraja itu dan Mufti Negeri, Datuk Dr Alias Abdullah membacakan talkin serta doa yang turut diaminkan kaum kerabat diraja dan rakyat jelata.


Terdahulu, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berangkat menziarahi Almarhum yang ditempatkan di Istana Maziah, bagi memberi peluang kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.

Saturday, March 19, 2011

"Ini ke Cinta"

Mlm nie mlm yg cukup indah bagi sidia ngan kata2 manisnya wat diri ini. cukup manis hingga diri ni x dpt nk tahan kuar air mata. Bila dh syg seseorg, slalulah bg ayt manis2 cmni wat sidia mkin ber+ syg. 

Bak kata ustaz fadhilah kamsah: Bagilah 7x pujian tuk psngan anda dalm 1 hari, tetapi 1x teguran tuk dia baiki dirinya. Barulah hubungan 2 kekal hingga ke akhir hayat.. Ada byk ag, tp ira dh lpa dh.. Otak ngah blurr camni mmg dh x igt pa2.. :(

Perlu ke ira terima pujian cm 2 bila ad wat slh???? Mana perginya nasihat or teguran ngan cara baik??? Ayt pujian yg diterima cukup2 menusuk kalbu. 

AARRRRGGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!! 
Mak, kak long rindu sangat kt mak. Nak jupe mak. Nk blik umah.. Nk peluk mak. Nk kiss mak. Nk luahkan ht kt mak. Nk kgsi mslh ngan mak. Mak je yg memahami isi hati anaknya nie. Sume org hnye nk slhkn diri nie n xbg pluang nk baiki diri nie. Makkkk....m ... :(




Thursday, March 17, 2011

~ Ayam Saya Dh Bersedia Nk Bertelur ~ hehe

Cuba korg phm ayt kt atas 2.. Hehehe... Apakah maksudnya???.
ERmmm... msti korg xphmkan.. Xpe2... Wat2 Paham aje ye.. KLu nk tahu maksudnya, cuba view my blog smpai hbs... N korg akn phm ap dia.. ^^... 

 2 day is my be day... Kpd yg wish, tq so much.. I'm appreciate it.. Thanks kt my mum yg sudi lahirkn aq sehingga aq dpt hidup smpai 22 tahun nie.. n Thanks gak my dad coz sudi jaga aq time aq seng n susah smpai aq berjaya dlm khdupn skg.. 

Thanks kt my fwen yg sudi jd kwnku smpai skg... Wpun byk dugaan pd sem nie, aq hye aggap ia hye cubaan semata-mata tuk khdupnku skg.. ERmm.. Kt kwn2 yg terasa hati ngan sikapku, ngan kata2ku, n ngan perlakuanku selama nie, hrp kemaafan yg dpt diterima oleh insan yg lemah bernama SHAHIRAH ini. Nie last sem aq bersama kwn2 kt UMT nie.. Hrp kita still dpt berhubung slps graduat.  Aq x hrp yg last sem akn jd sem yg plg teruk buatku drp 5 sem yg lps. N sgt2 berhrp yg last sem nie adlh yg terbek antara yg terbek ant.sem2 yg lps. 

Bila dh cukup 22 tahun nie, byk lak yg aq pikikan. Sal keje, sal nk kwen, hehe.. n sal kwn2.. Luahan ht, terasa mcm rmai je yg x suka kwn ngan ku.. Mgkin nie firasat ku je kot.. Hrp2 x bnr wpun x dpt di nafikan mgkin ada.. :(.. Maafkn aq ya.. Seronok bila ad rmai kwn, Tp x sonok bila rmai musuh. Korg pun rasa cm 2kn.. Tp xthulah ad yg suka cari musuh.. Hrp2 xda yg suka cm 2.. Berkawan bialh beribu, berkasih bialh 1... 

xleh luahkan sume kt korg... Bialh diri ni simpan 1000 persoalan dr dpt jawapan yg akan membawa kpd kesedihan... Biarkn aq tersenyum wpun berduka, biarkan aq ketawa wpun amat menyakitkan, n biarkan aq bersendirian wpun aq dlm kebingungan ngan pelbagai persoalan yg x dpt di ungkai.. 

Epi be day to me.... Luv u My parent, my luv n my fwen.. :)

Saturday, March 12, 2011

Malam Yang Mengenyangkan>>>> Perghhhhh!!!!!!!!!!

Gilak a mlm nie.... 

"THE POCKETFUL STRIKES BACK!"


Memang Kenyang nak mampus aq mlm nie... Prt xda a lapar sgt. Tapi bila dh ternampak iklan yg menarik nie, aq apalagi. ORDERLAH.... Hahaha... "Toasted Pocketful".. Nyummmm3!!!!. Best gilak. Sampai berlipat2 perut aq dibuatnya. Nak bernafas pun cam tersekat2 je. Kenyang nya pasal.. Huh. Rasa nk wat CPR je. Susah nak bernafas. Hahaha. Akibat kekenyangan, kepala asyik terbayang tilam n bantal aje. Ops, tertinggal satu ag. Selimutlah. Malam camni sejuk. Musim hujan nie. Huhuhu. Tapi, 2 cite sblm smpai umhlah. Dh smpai umah nie, terbuat benda len lak. Buat ap???? 2 pun korg nk tye gak ke. ish3.. Korg ni pun 1. Dh aku duk cite lam blog aq ni. Apalagi, onlinelah jwbnye. Hehe. Jap g nk smbung study skit, n then tdo. Sebut sal tdo, aq tb2 terigt my 'Dak anjer'. Dia demam.. Cian dia. Huhu. Xleh tdo katanya. Skg ye ngah try2 tdo. Hrp2 berjaya ye. "Gud LUck Dear".. ^_^

P/S: Yg rindu sangat smpai termimpi2 benda nie, ap ag. Cpt2 a p usha Key AP Ci ye. :)

Tuesday, March 08, 2011

Asl Jadi Camni LAk... HAmpehhhhhhh!!!!!!!!!!!

ohhhhh tidakkkk!!!!!!!!
Shahirah, kamu htg ngan u RM870. Ceh. Asl u x tarik duit PTPTN awl2.. Geramnyaaaaa!!!!!! Dhlah terguna dh duit byr yuran 2...  U xleh tarik dohlah.. Huhu... Sengaja je xnak bg ktorg grad agknya.. Terpaksalh mintak ngan PAMA tuk byr yuran ti..  :(

Tuesday, March 01, 2011

~ Cinta Pada Manusia Itu Hakikatnya Menyakitkan ~



LOVE comes with a dark package. Along with it comes jealousy, fear, sorrow, anger, hatred, and grudge..which, from all these, comes PAIN” – Isaac Hackiyev
- CINTA datang bersama satu pakej yang gelap. Dengannya datanglah cemburu, kebimbangan, kesedihan, kemarahan, kebencian, dan dendam..yang semua ini mendatangkan SAKIT HATI. (payah aku nak terjemah secara harfiyyah)
Aku tak peduli sangat siapa Isaac Hackiyev, tapi memang jelas apa yang disebutkannya itu merujuk kepada CINTA SESAMA MANUSIA.
1.CEMBURU
Ya, bila ada rasa cinta pada seseorang, pasti akan terbit perasaan cemburu. Cemburu apabila si dia memberi perhatian yang lebih kepada orang lain..cemburu apabila si dia menunjukkan rasa suka atau tertarik kepada orang lain.

Cinta pada Allah pasti tidak akan menerbitkan perasaan cemburu..kerana kita sedar diri kita hanyalah HAMBA kepada PEMILIK ALAM SEMESTA.
2.KEBIMBANGAN
Kita bimbang setiap kali si dia berjauhan. Bimbangkan keselamatannya, bimbangkan kesukaran yang dihadapi si dia. Bimbang apabila si dia ditimpa masalah. Bimbang ditinggalkan oleh si dia. Bimbang kehilangan si dia. Bimbangkan segala-galanya!

Cinta pada Allah, tiada apa yang perlu kita bimbangkan. Kerana kita tahu DIA bersifat yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Dan tiada apa pun yang mampu buat kita kehilangan Allah Yang Maha Perkasa.
3.KESEDIHAN
Sedih apabila si dia dilanda musibah. Sedih apabila dia jatuh sakit. Dan sedih apabila si dia pergi meninggalkan kita buat satu tempoh yang lama, ataupun selama-lamanya. Ah, si dia bercakap dengan nada suara yang tinggi pun dah boleh buat kita rasa sedih.

Cinta pada Allah: “Janganlah kamu takut, dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
4.KEMARAHAN
Kita marah apabila si dia disakiti orang lain. Kita marah apabila si dia digoda oleh orang lain. Kita pasti akan merasa teramat marah jika si dia dicerobohi (dicabul, dirogol, dianiaya) oleh orang lain.

Dengan cinta pada Allah, kita hanya wajib marah apabila agamaNya dihina. Selain dari hal itu, Islam menyuruh kita mengawal perasaan marah. Kerana marah yang keterlaluan membuka pintu di hati kita untuk Syaitan.
5.KEBENCIAN
Ah, pasti kita akan terasa benci kepada apa saja yang menyakiti orang yang kita cintai. Kemarahan mudah sahaja berubah menjadi kebencian. Kita juga mungkin akan membenci apa saja yang membuatkan diri kita kurang dicintai oleh si dia.

Cinta pada Allah: Kita hanya disuruh untuk benci pada kemungkaran. Bukan setakat benci tetapi mengubahnya menggunakan lisan ataupun tindakan sekiranya mampu.
6.DENDAM
Ya..Benci boleh bertukar menjadi dendam. Apabila kebencian terlalu memuncak, dendam akan muncul. Dendam ertinya mengharapkan kemusnahan kepada seseorang (ataupun sesuatu).

Cinta pada Allah: tiada dendam. Allah menyuruh kita memiliki sikap memaafkan. Allah sendiri bersifat Maha Pengampun…’Tawwaba’..ertinya pantang ada orang minta maaf, pasti dimaafkan olehNya. Ya, kecuali jika melakukan syirik.
7.SAKIT HATI
Hmm..Bila dah ada perasaan yang banyak-banyak tadi; cemburu buta, kebimbangan yang melampau, kesedihan yang keterlaluan, kemarahan yang meluap-luap, kebencian yang mendalam, dan dendam yang memakan diri….pasti akhirnya HATI kita yang SAKIT.

Maka akhirnya cinta tidak lagi membahagiakan, tetapi bertukar menjadi sesuatu yang amat menyakitkan. Berbaloikah lagi CINTA?
Maka, jika anda ingin menyintai seorang manusia, maka bersedialah..untuk memikul kesemua emosi yang bakal datang bersamanya.
Haa..dah takut? Tak perlulah korg takut pula..Cinta sesama manusia itu bukanlah sesuatu yang buruk, atau perkara yang dilarang. Hanya pastikan, jangan sampai cinta anda pada seseorang melebihi cinta anda pada ALLAH.
Dengan begini, korg tahu bahawa Dialah tempat mengadu yang sebenar-benarnya…tempat mencurahkan kasih yang paling utama. Yang anda tahu, CINTA anda pasti tidak akan dipersia-siakan olehNya. Kemudian barulah boleh cinta pada manusia.
Ya..tak salah untuk menikmati cinta sesama manusia…tetapi cinta ni pun macam makanan juga…hanya yang HALAL saja dibenarkan. Ah, sudah pasti apabila korg ikhlas memilih cinta Allah, korg dengan sendirinya akan cuba untuk menjauhi yang haram. Dengan cara ini saja kita boleh terselamat daripada SAKIT HATI.
Maka, kesimpulannya…cinta yang HALAL itu berkat, cinta yang HARAM itu mendatangkan mudarat. Yang berkat mendatangkan manfaat dan ketenangan, yang mudarat tu akan mengakibatkan kegelisahan dan dukacita yang berkekalan.

~ Kisah Cinta Nabi Adam Yg Sangat Romantis ~

Dulu nah gak aq terpiki knp perlu ad sikap romantik lam diri seseorg. Walhal, aq mmg suka sgt sikap yg satu nie. Hehehe. Sdg aq duk usha-usha tenet ni, buka web itu, bk web ini, terjumpalah satu artikel nie. Seronok aq membacanya. Romantik tol Adam ngan Hawa. Sampaikn blh berangan lak aq ngan sikap diorg 2.. Hahahaa. Artikel ni aq terjmpe kt Berita Harian. Korg msti x cayekn ad kisah2 cmni lam surat khabar, Tp realitinya mmg ada. Kita hidup kerana-Nya melalui satu 'peristiwa' yg sama. Jom!!!!!!!!!! pakat bace cite bwh nie ye.. ^^

“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun! maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
Aku Hawa, sambutnya ramah. Aku dari Pencipta! suaranya tertegun seketika. Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: Kekasihku, ke marilah engkau! Suaranya halus, penuh kemesraan.
Aku malu! balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini! Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik malu terselit rasa mahu. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!.
Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar? tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.
Bukan! kata Tuhan.
Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
Bukan! tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.
Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu, perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.
(Al-Araaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al-Baqarah: 38)