Assalamualaikum semua.. Salam 1 Malaysia :D.
Sebenarnya topik nie tadi sy terlihat kat dlm fb sy. Insan mana ntah yg post kt fb tu, sy dh lupa. Tp topik nie menarik perhatian sy wat seketika waktu. Hehe. Jadi, kepada sesiapa yg xthu or dh lupa or wat-wat lupa tentang diet + cara pemakanan Rasulullah kita nie, jom baca entry nie ek. Apa-apa pun, info nie amat bagus tuk kita jadikan ikutan.
Info nie sy perolehi drp http://www.jomdiet.com
Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-harian
terkandung zat-zat makanan yang membahayakan tubuh kita sendiri – lebih
lagi apabila ia tidak dinyah dengan baik. Inilah faktor utama terjadinya
pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain-lain.
Ustaz Abdullah Mahmood pernah mengungkapkan bahawa Rasulullah S.A.W
tidak pernah sakit perut sepanjnag hayatnya kerana pandai menjaga
makanan Baginda setiap hari. Ternyata Baginda mempunyai beberapa cara
pemakanan yang dianggap mempengaruhi kesihatan Baginda.
Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala
Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan
seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan
makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.
Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :
- Tidak makan daging bersama susu ;
- Tidak makan ikan bersama daging ;
- Tidak makan ikan bersama susu ;
- Tidak makan ayam bersama susu ;
- Tidak makan ikan bersama telur ;
- Tidak makan ikan bersama daun salad ;
- Tidak makan cuka bersama susu ;
- Tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
- Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;
- Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;
- Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah ;
Kesan dari cara pemakanan sebegini akan lebih jelas untuk jangka masa
yang panjang iaitu apabila kita sudah tua nanti. Di dalam kitab juga
ada melarang kita daripada makan makanan darat bercampur dengan makanan
laut. Nabi pernah mencegah kita dari makan ikan bersama susu, kerana
kita akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuan yang membuat
penemuan bahawa dalam daging ayam terkandung ion + manakala di dalam
ikan pula terkandung ion -, dan jika makanan tersebut bercampur maka
akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat
amalan mandi pagi sebelum Subuh (sekurang-kurangnya satu jam sebelum
matahari terbit). Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi
penimbunan lemak. Anda mungkin boleh saksikan sendiri orang yang mandi
pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.
No comments:
Post a Comment