Wednesday, February 22, 2012

***Kaki NoVel***

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia semua. 
Wah, dh lama sangat aq tak berblogging nie. Dh nak dekat 7 bulan da. 
Lama jugak tu. Tahu-tahu jelah, 'bz' skit. Hehe. Dah rindu sangat nak share something kt korang nie. Meh-meh pakat hayati apa yang aq tulis nie ye. :)

Aq nak citer pasal Kaki novel. Apa yg korang akan faham tentang KAki NoveL nie??? Ermm.. Mestilah merujuk kepada orang yang suka baca novel. Macam aq nie. Haha. Tapi, aq bukan merujuk kepada orang yang kaki novel. Bagi yang suka sgt2 baca novel, mesti tahu apa tu "Kaki Novel". Kaki Novel nie adalah salah satu pengeluar novel yg terbaik di Malaysia. Setanding dengan Alaf 21 dan pengeluar2 yg lain. Aq bukan xnak senaraikan pengeluar novel yg lain, tapi lupa. Haha. Biasanya aq beli novel keluaran Alaf 21. Tapi sejak akhir tahun lepas, aq minat beli novel keluaran Kaki Novel lak. Entahlah. Mungkin aq suka ngan tawaran diskaun diorang kot kat semua ahli-ahli Kaki Novel. Almaklumlah, yg diskaun tulh yg aq paling suka. Especially, novel. :) . 

Sebab tu jugaklah, van pos laju selalu je mai melawat rumah aq. 
Dari jauh, dh sibuk-sibuk nak bunyikan hon. Riuh satu kampung. Haha. Yang jadi mangsa, my brother lah. Dia pulak yg sibuk-sibuk nak sign kt borang penerimaan tu. Kat rumah tu, aq & mak yg paling suka sangat baca novel. Share minat katakan. 'Like Mom Like Daughter'. Ayah & adik-adik pun dh xleh nak cakap apa dh ngan minat kitorang nie. Buat-buat x tahu jelah. Haha. 

Ingat zaman belajar dulu. Kawan aq namanya Hanim Faridah. Nak panggil Hanim pun boleh, Faridah pun boleh. Tapi, ye x brape suka sangat orang panggil dia ngan nama Faridah. Nampak 'gigirl' sangat katanya. Haha. Dia suka sangat bagi pinjam novel yang dia selalu beli keluaran Kaki Novel. Besenya dekat Afzanlah (kawan aq jugak tu.. ^_^) Aq tumpang dua kaki jer. Hihihi. Banyaklah jugak. Sejak dari tulah aq jadi tertarik dengan novel keluaran Kaki Novel nie. :D. 

Aq join Kaki Novel nie baru lagi. Tak sampai pun setahun. 
Kira baru setahun jagunglah. Ada pulak gi tu Haha. Jadi, baru 8 buah novel aq telah order dr diorang. Yang baru ke, yang lama ke, semua aq 'tibai' (beli). Asalkan, jalan citer dia best & syok bagi aq. Oklah, aq pun x naklah citer panjang-panjang lagi. Sebenarnya, tujuan aq tulis post nie just nak kongsilah novel-novel yang telah aq order dari KAKI NOVEL. Biarlah korang xnakambil tahu pun. Tapi aq tetap nak kongsi jugak kat korang. Haha.


Jom tengok kat bawah nie....

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz.

Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk  menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

~~~~~~> Ni jelah novel-novel yg aq dh beli ngan KAki Novel. Yg lain-lain tu, NAntikan jelh. Terima KAsih kepada korang yang sudi view my blog yg tak seberapa indah nie. Hihi. (p/s: kpd yg nak beri sebarang komen tu, tulislah nama korang ye. Ada yg nah bg komen kt blog nie, tapi nama xda. Jd, siapakah itu??.)


~Sekian, Terima KAsih~

drp: ierasha173.blogspot.com

2 comments:

  1. Haha nama afzan pon ada..hehe kelas la eira kih2.. yupp mnggunakan baucer 200 henget 2, one of the listed novel kt atas tuh afzan ada bli gak,hidup NUR SHAHIRAH BIDIN..lalallaa...

    ReplyDelete
  2. ye... suka ngat org letak nama ye.. but thanks k afzan.. sudi gak nyibuk2 kt sni ye.. hehe.. lalalala.. :)

    ReplyDelete