Saturday, March 03, 2012

***S.M.I.L.E***

*Smile* makna dlm BM nya *senyuman*. Saje je nk bgtau kt korg wpun korg dh tahu maksudnya. Hehe. Walaupun korg rasa ia satu perkataan yg mudah untuk didengar dan dibuat, tp maksud yg tersirat disebalik 1 senyuman tu yg sgt-sgt susah kita tafsirkan. Saya sgt suka ngan topik nie. 1 mlm tu, tergeraklah hati sy nie nk usha channel alhijrah. Korg pun tahukn, channel nie yg plg terbaru diantara channel-channel yg lain. Masa sy duk usha-usha tu, ter'usha'lh slot "dikir zikir". Slot nie bkn utk dikir-dikir yg bese kita dgr selama nie, tapi slot macam tazkirah+lagu nasyid+zikir. Slot nie speciallah skit sebb gabungan 3 nie. Malam tu tzkirah yg diberikan  adalah simple sje tapi penuh ngan maksud yg tersirat. Tajuknya juga simple iaitu "SENYUMAN". Banyak gak info yg sy dapat mlm tu ngan topik nie. BEssssssssssssssttt sgt2. Rugi sape yg tak dengar.. Hehe. 

Nie adalah sedikit yg sy nk kongsi ap yg saya igtlah sal topik mlm tu. Ustaz ckp senyuman nie da hukum-hukumnya juga. Korg igt puasa+solat je da hukum. Senyuman pun da jugak tau.. Hehe.. Malam tu, ustaz hanya kongsi 3 hukum saje iaitu wajib, sunat & makruh untuk kita bersenyum. 

3 hukum senyuman:-
  1. Wajib - Kita hendaklah wajib senyum apabila kita berada berhampiran dengan kedua ibu bapa kita. Bak kata ustaz malam tulah, kalau kita bersama dengan kedua ibua bapa kita, tak kiralh ngan mak ke, ayah ke, kita wajib senyum kat mereka. Senyum pulak mestilah dengan ikhlas. Jangan paksakan diri. Apabila dh jatuh hukum wajib nie, berdosalh kita kalau x beri senyuman kat mak ayah kita. (nasihat tuk diri sy sendiri jugak :)).
  2. Sunat - Nie hukum yg kedualah. Senyum yg sunat ni yg biasa kita lakukan lam harian kitalh. Mungkin juga jarang-jarang aje berlaku lam diri korang sumelh. Tak semua org epi je lam hidupkan. Ok, korang nak tahu apa tu senyum yg sunat???? Senyum yg sunat nie apabila korang bersama ngan kawan-kawan ke, ngan sedara-mara, ataupun ngan sape-sapelh. Yang pasti bila korang ngan mereka tu semua, korang x tahu nak borak apa. Just boleh dengar & sampuk-sampuk aje apa yg diorang nagh borakkan. Ha, kalau korang berada lam situasi ni, korang bolehlah berikan senyuman aje kt mereka tu. Sambil dengar, sambil senyum. Tu lebih baik daripada korang wat x tahu aje apa yg diorg ngah borakkan. (nasihat tuk sy jugak..hukhuk).
  3. Haram - Ok la. yg paling last skali, senyum yg haram. Korang pun tahukan, hukum haram nie leh membawa kepada apa. Mestilah berdosakn. Jadi, marilah kita semua jauhkan diri dari memberikan senyuman yg membawa kepada dosa nie. Senyum yg haram nie apabila kita berada di tempat yg ada berlakunya kematian ataupun kesedihan. Janganlh berikan senyuman ketika itu kerana kemungkinan akan membawa kepada kesedihan lagi kepada mereka yg berada dalam kesedihan tersebut. Berdosa tau senyum masa orang ngah sedih sebab kematian nie. Macam perli dia pun adakn. hukhuk..
Ha, nie jelh yg dapat sy kongsi sedikit apa yg ustaz cakap malam tu. Ada banyak agi, tapi cukup setakat nie jelh yg sy kongsi ye. Penerangan tu sy tambah skit-skit.. Nak bg cukup rasa.. :). Nie ada serba sedikit yg dapat saya cari mengenai topik kita mlm nie. Iaitu 5 rahsia disebalik 1 senyuman. Jom kita usha kt bawah nie.. Hehe..


(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar- Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain- Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam asalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu- Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu.  Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.
(5) Rawatan muka- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut. (TAMBAHAN: selepas korang bangun tido tu, first skali hendaklah senyum dulu. Itu slh satu senaman muka di selepas tido tau. Sebab kulit muka kita nie tegang masa kita tido. Jadi senyum adalah bagus tuk kulit muka kita. Dapat lah awet mudakan muka kita nie.. Renung-renungkan. & Selamat beramal:).
Ok,lah korang semua. Walaupun malam masih muda, bak kata orang zaman sekaranglh. Hehe,  saya rasa cukuplah kot wat malam nie. Topik nie pun topik yg simple aje. Harap korang sudilah membacanya ye. Saya senang ngan orang yg murah ngan senyuman drp orang yg suka tarik muka masam. Korang pun mesti sama jugakkn. Jadi, marilah kita amalkan hidup kita nie dengan 1 S.E.N.Y.U.M.A.N.  Semoga ia diberkati Allah s.w.t. Amin.
Default Ads


Wassalam...
drp Ierasha173.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment